Entah mengapa sejak harga emas meningkat, saya memperbanyakkan bacaan terhadap keadaan US dollar kerana harga emas adalah berkadar songsang dengan USD atau dengan kata lain, sekiranya harga emas meningkat, ini bermakna USD akan menurun.
Beberapa negara arab timur tengah bersama negara besar seperti China, Russia, Japan dan Perancis telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungkait minyak dengan US Dollar. Mereka ingin cuba memperdagangkan minyak tanpa USD dan menggunakan matawang lain seperti Yen Jepun, Yuan China, Euro dan emas bersama matawang lain yang akan diperkenalkan di negara-negara teluk. Ini berikutan pasaran matawang yang menunjukkan keadaan tahap ketidakpercayaan terhadap US Dollar.
Ekonomi US telah lama menghadapi defisit yang tinggi dalam perdagangan dan akan bertambah dari tahun ke tahun di mana US lebih banyak mengimport daripada mengeksport ke luar. Sejak tahun 1980, US telah membeli barangan dalam kualiti yang banyak dari Asia berbanding negara lain dan membayara bon-bon sebagai pulangan. Bon-bon ini mewakili hutang-hutang di atas kertas kepada negara-negara ini. Lebihan bon-bon ini menyebabkan US mengalami kekurangan dollar dan mengakibatkan US kehilangan imbangan dalam perdagangan dan menambahkan defisit. Bayaran terhadap hutang-hutang bon ini tadi tidak pula disusuli dengan komoditi yang berharga dengan keyakinan bahawa dollar US akan sentiasa kuat dalam ekonomi dunia.
Ketika ini, keyakinan ini semakin berkurang dan negara-negara ini mula meragui hubungan perdagangan dengan US. Alasannya ialah didapati tidak pengiraan dalam bajet US untuk menguruskan defisit yang semakin bertambah ini. Oleh itu negara-negara ini mula mempersoalkan adakah barangan mereka boleh ditukarganti dengan matawang yang tidak lagi mereka percayai?
Jika negara-negara ini tidak lagi menerima US dollar sebagai pengantara perdagangan minyak dan gas,ia akan jatuh dan menjadi tidak berharga. Ini bermakna ketika itu US terpaksa berbelanja banyak untuk mendapatkan minyak dan dalam keadaan terdesak US terpaksa mencari alternatif tenaga untuk industri, penempatan dan pengangkutan.
Sekarang Dollar sedang berada pada tahap terburuk berbanding Pound sejak 28 tahun. Emas pula meningkat ke tahap tertinggi dalam sejarah melebihi 1050 per ounce. Apa pula akan jadi kepada Ringgit Malaysia yang juga bersandar kepada USD ?
artikel asal disini
Maklumat EMAS
Friday, October 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment