Ketahuilah bahawa wang yang kita miliki dalam dompet bukanlah harta kekayaan yang sebenar. Dipanggil sebagai fiat money, wang kertas merupakan pada asalnya bertindak sebagai 'medium of transaction' kepada urusan jual beli yang dilakukan. Ekonomi berlandaskan wang kertas adalah asas sistem kapitalis yang merupakan tunjang ekonomi riba yang menyaksikan kemiskinan dan kemusnahan tamadun manusia moden.
Emas adalah sejenis matawang yang tidak pernah susut nilai dan ia tidak digunakan oleh mana-mana negara dalam transaksi perdagangan.
Persidangan Bretton Woods pada tahun 1944 telah melahirkan IMF dan World Bank turut sama memperjelaskan sistem mata wang dunia yang bersandarkan nilai emas (backed by gold). Sistem ini hancur pada tahun 1971 kerana Amerika berhenti melakukan convertibility dari dolar
kepada emas.Sejak itu, US Dollar hanyalah matawang simpanan (reserve currency) yang tidak disandarkan kepada apa-apa barang berharga.
Emas dikira secara tradisinya dalam unit Troy Ounces iaitu bersamaan 31.1035 gram. Ia mempunyai nilai graviti 19.3 bermaksud 19.3 lebih berat daripada air. Oleh itu dengan berketumpatan 19.32g/cm3, 1 troy ounce emas mempunyai isipadu 1.64cm3. Satu tan emas mempunyai isipada 51,760cm3 bersamaan sebuah kubus dengan ukur sisi 37.23cm. Pada tahun
2003, Gold Field Mineral Services (GFMS) menganggarkan simpanan atas tanah iaitu kira-kira 150,500 tan iaitu dianggarkan 61% telah dilombong sejak 1950.Sekiranya semua emas dalam bumi dilombong, ia boleh membentuk sebuah kubus berukuran sisi 19m
Ketulenan emas diukur dalam piawai karat (carat). Emas tulen adalah 24 karat. Sebarang nilai carat kurang daripada 24 menunjukkan berapa banyak kandungan emas. Sebagai contoh, 18 carat bermaksud 18/24 daripada 100% emas - 75.0% atau disebut emas 750.Rujuk kepada jadual di bawah
Carats Ketulenan %Kandungan emas
24 999 99.9
24 990 99.0
22 916 91.6
21 875 87.5
(19.2) 800 80.0
18 750 75.0
14 585 58.5
No comments:
Post a Comment