Saya bersama isteri berkesempatan menghadiri Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas anjuran PublicGold di Kelana Jaya pada 16/1/2010. Apa yang menarik seminar ini menampilkan Prof Umar Ibrahim Vadillo, seorang tokoh yang istiqamah dalam memperjuangkan dinar emas sebagai matawang, Prof Ahmad Kamel Mydin dari UIA, Pn Nik Mahani, Pengerusi Eksekutif Dinar Kelantan dan Dato Salleh Majid bekas Pengerusi Bursa Saham Malaysia. Di antara isi penting yang sempat saya catatkan daripada ketiga-tiga pembentangan ini ialah seperti berikut
Secara asasnya Umat Islam wajib percaya tiada kuasa lebih besar daripada Allah. Dengan kepercayaan bahawa kuasa besar itu hanya daripada Allah, maka ia akan menjadi roh kepada kefahaman manusia serta menjadi rujukan dan pertimbangan apa yang baik dan boleh diterima pakai dan apa yang buruk dan wajib ditolak. Allah telah jelas menghalalkan urusniaga dan mengharamkan riba sebagimana firmannya dalam surah al-Baqarah: ayat 276. Riba adalah jenayah besar dalam Islam dan jenayah sosial terbesar dalam masyarakat. Hukumnya 40 kali lebih berat daripada zina.
Tetapi malangnya, akibat tidak mempercayai kuasa Allah, maka ekonomi dunia didominasi oleh sistem kapitalis berasaskan riba. Sistem Islam telah diketepikan dan ekonomi dunia dipacu oleh sistem yang berasaskan perkiraan matematik semata-mata yang jelas telah membawa kemusnahan kepada manusia. Sistem perbankan Islam yang diwarwarkan sekarang ini akan kekal kapitalis sekiranya masih mengekalkan formula yang sama.
Penggunaan matawang kertas adalah tidak berlandaskan syariah apabila ia tidak disandarkan kepada sesuatu nilai sejak sandaran kepada emas telah dimansuhkan oleh Presiden Nixon dalam tahun 1924.Jual beli menggunakan wang kertas disandarkan kepada undang-undang Legal Tender sesebuah negara. Legal Tender telah mengatakan matawang yang mesti digunakan sebagai bayaran dalam sesebuah negara. Ia mesti digunakan sama ada suka atau tidak oleh rakyat walaupun hakikatnya ia hanyalah kertas semata-mata yang dikawal di sesebuah negara oleh sebuah pusat dipanggil bank negara. Pusat atau bank negara tersebut adalah ikon kepada sistem kapitalis
Kemeleseten ekonomi dunia adalah berpunca daripada bebanan hutang tidak berbayar US yang mencecah 3 trilion. Walaupun US telah memperuntukkan 700 billion untuk membantu, ia tidak akan mengubah situasi ekonomi. jumlah 3 trilion adalah jumlah terlalu besar untuk dilangsaikan dimana seandainya US menerima bayaran sebanyak 3 milion sehari, ia perlu mengambil masa 2700 tahun untuk mencapai angka 3 trilion. Salah satu kaedah yang boleh diambil ialah dengan memansuhkan bayaran bunga/faedah kepada penghutang dengan penghutang hanya perlu membayar hutang pokok sahaja. Tetapi langkah ini tidak akan diambil oleh US kerana ia dianggap merugikan negara. Bertambah buruk, bank tidak lagi boleh menjana untung dengan menawarkan pinjaman kepada rakyat kerana rata-rata rakyat telah dibebani pelbagai hutang sehinggakan mereka tidak mampu lagi menerima pinjaman walaupun kadar faedah yang ditawarkan menghampiri kosong (0% interest).
Sistem kapitalis ini telah jelas meruntuhkan banyak negara. Contoh paling jelas boleh dilihat ialah jatuhnya Dubai, oasis di Teluk Parsi yang dahulunya dikenali sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan terkemuka di dunia malahan Dubai juga adalah pengasas kepada Suquq, bond Islamik pertama di dunia. Pencapaian Dubai amat mengagumkan sehingga menjadi model beberapa negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Qatar dari segi pembentukan zon dagangan bebas, pusat kewangan, prasarana maju dan pengambilan bakat asing. Namun sejak dilanda kemelesetan dunia, Krisisnya bermula apabila syarikat milik negara Dubai World telah memohon melewatkan bayaran hutang 60 bilion USD kepada para pemiutang setelah terkesan oleh kemelesetan ekonomi US.Dubai kian kurang dikunjungi pelancong dan pelabur mewah.Akibatnya banyak projek pembangunannya bernilai 582 billion terbengkalai.Baru-baru ini sebanyak 1o bilion bail out telah diberikan oleh Bank Pusat Amiriah Arab Bersatu (UAE) kepada Dubai World. Tetapi langkah ini masih tidak dapat mengatasi masalah kehilangan pekerjaan di Dubai.
Oleh kerana parahnya keadaan ekonomi ini, maka alternatif dan kelemahan menangani isu ini ditutup dan dicari. Alternatif paling reliable ialah minyak kerana sekiranya perdagangan minyak akan mengukuhkan kembali USD. Kita sering ditakutkan dengan global warning yang biasanya dikaitkan dengan perang. Para berpendapat perang terhadap keganasan yang dianjurkan US adalah bersifat politik semata-mata untuk mendapatkan emas daripada negara-negara pengeluar minyak. Selepas Afghanistan dan Iraq, sasaran seterusnya adalah Iran. Baru-baru ini, kejadian rampasan kapal terbang dikaitan dengan Yaman yang juga negara pengeluar minyak.
Nabi telah bersabda akan bernilainya emas dan dirham kepada tamadun manusia. Ia adalah alternatif kepada segala masalah ekonomi yang timbul ketika ini kerana ia adalah matawang komoditi yang tidak boleh dicipta dan dimusnahkan. Ia terbukti telah menjadi perantaraan sejak ribuan tahun sehinggalah wang kertas diperkenalkan apabila jatuhnya kerajaan Islam Uthmaniah.
Dalam Islam, emas adalah kebebasan dan dinar emas adalah kebebasan yang telah dirampas dalam tamadun manusia.Jual beli dalam Islam telah mensyaratkan persetujuan harga oleh kedua-dua pihak seperti firman Allah Taradan an taradim minkum (saya akan update bahagian ini)
bersambung
kn4g92
rehalgold.blogspot.com