Maklumat EMAS
Thursday, December 17, 2009
Harga emas tidak akan jatuh di bawah paras 1000USD per ounce
Harga emas dijangka tidak akan jatuh di bawah paras 1000USD per ounce semula setelah harganya meningkat sehingga 27 peratus tahun ini apabila bank pusat (central bank) mencetak lebih banyak wang kertas USD bagi membantu mengurangkan defisit bujet, demikian menurut laporan Gloom, Boom & Doom. Faktor lain mendorong kenaikan harga komoditi itu ialah apabila negara China terus membeli emas dan dalam masa yang sama negara-negara barat bernasib apabila Federal Reserve terus mengekalkan kadar bunga mencecah sifar bagi mengawal kemelesetan ekonomi. Bagaimanapun dalam masa dua minggu, harga emas menunjukkan trend penurunan selepas Jabatan Buruh US mengeluarkan laporan menunjukkan kadar pengangguran di US telah menurun kepada 10% dalam bulan November daripada 10.2% dalam bulan Oktober.
Subscribe to:
Comments (Atom)